Wednesday, 3 July 2013

Cari rumah pengantin macam treasure hunt

Hari ini saya berpeluang untuk membuka majalah Pengantin edisi Julai 2013. Wah! Bukan main lagi. Mungkin saya aje yang tak perasan, tapi hantaran-hantaran yang dikira "biasa" dari dulu sampai sekarang adalah sejadah, telekung, jam tangan, beg tangan dompet dan sebagainya... Yang "WAH!" tadi tu sebab sekarang dah jadi "biasa" pulak untuk hantar iPhone, iPad (Mini), Samsung tablet dan camera. Adakala sampai camera SLR. Duit hantaran pakai cek ribu-ribu atau pakai dinar. Yang pakai dinar tu saya rasa lagi cantik.

Saya rasa kalau nak unik lagi boleh bagi blank cek atau supplementary credit card atau kunci kereta, tak pun kunci autogate rumah :) Kawan saya pernah cerita di Sarawak, antara hantaran yang diberi (bukan oleh yang Melayu la..) adalah kelambu, keris dan besi waja. Berguna betul, I tell you!!

Majalah Pengantin Edisi Julai 2013
Sebenarnya yang saya nak cerita ni pasal artikel segment Bunga Rampai yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali bertajuk "Berpeluh Ketiak Hendak Makan Nasi Minyak"

Kalau pergi kenduri kahwin dan kita memang tahu rumah pengantin, memang tak jadi isu. Solok manapun kalau dah biasa senang aje. Boleh plan lagi nak parking kat mana. Kalau tak biasa kita kenalah harapkan peta. Selalunya dalam kad jemputan ada peta. Tapi di situ memang letak "Rumah Pengantin Perempuan" atau "Rumah Pengantin Lelaki". Bukan nama pengantin atau nama mak bapak pengantin. Yang lagi tak best, landmarknya pokok!

[Sedutan dari artikel] "Peta dalam kad ni salah!". Dijawab dalam loghat utara dengan,"Maaf, Pakcik. Peta tu betoi. Sebenaknya pokok ketapang dalam peta tu sudah takdak. 2 minggu sudah, pokok tu tumbang kena petir, depa dah tebang. Itu pasai takdak pokok lagi!" Saya pernah diberi tunjuk arah ke sebuah rumah yang landmarknya sebuah bas yang tersadai... Hai.. Bersabar ajelah. Kalau tak sampai jangan marah.... :)

Gambar Hiasan: Sekadar "RUMAH PENGANTIN" tak cukup. 
Bunga manggar di tepi jalan adakala membantu, adakala buat orang keliru. Sebaik-baiknya letak nama (penuh) pengantin. Bukan sekadar nama pendek. Kawan-kawan (yang memang dah tau lokasi rumah) memang lah tau. Orang yang datang dari Singapura tu mungkin akan berpusing-pusing. Kesian....

Gambar Hiasan: Bunga Manggar
Jadi committee buat kad jemputan dan committee pasang bunga manggar kenalah buat meeting selalu. Sekarang dah senang. Google Maps ada. Yang paling saya suka adalah WAZE. Bukan sekadar kurangkan kebarangkalian nak sesat, dia beritau jalan yang paling laju sampai lagi. I LIKE!

Waze
Kalau dah pernah dapat hantaran iPad atau iPhone boleh download di sini. Untuk Samsung/android download di sini. OK, tak mau sesat lagi ok? Pandu cermat, jiwa selamat.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...