Wednesday, 19 June 2013

Kak, saya nak 1 khemah saja...

Nak kami pasang 1-2 khemah saja? Boleh....

Servis kami adalah dari A sampai Z. Kami akan bawa khemah ke tempat majlis. Pasang kanvas, pasang meja, letak alas meja, susun kerusi, sarungkan kerusi, ikatkan riben jika ada... Kalau nak deko, kita boleh runding. Warna langsir boleh request, lebih-lebih lagi untuk majlis perkahwinan yang nak pakai 6-10 khemah. Beri kami tempoh dan telefon atau email awal-awal... Kalau warna yang diminta kami belum ada, maknanya majlis anda nanti akan guna langsir BRAND NEW. Apa tak best?!

Pasang khemah depan rumah kedai.
Sebelah-sebelah ada kereta. Adeh... 
Sebenarnya bab pasang-pasang khemah ni, memang lah penat. Tapi kalau kami sampai tempat dah siap, tak ada kereta atau apa-apa menyukarkan kerja pemasangan, itu akan menjadikan kerja-kerja pasang khemah lebih mudah. Semuanya settle dengan aman.

Pasang 1 khemah ke, 10 khemah ke, kalau ada kerjasama dari semua pihak majlis dapat dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah, customer-customer kami semua faham dengan situasi ini. Bukan semua jiran-jiran kita boleh faham, tapi kalau kita dah jemput dia datang, insha Allah tak susah jadinya. Kepada yang bertunang, Selamat Bertunang. Kepada yang mendirikan masjid, Selamat Pengantin Baru  -- Selamat dapat Imam/Makmum baru, semoga berkekalan dunia akhirat.

Telefon 012-3025205 atau email kami di stanjakcanopy@gmail.com untuk tempahan bulan puasa / hariraya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...